Artikel Macro saya

Bagaimana macro fotografi saya bermula?
 
Master Liewwk
Di sini saya ingin berkongsi tentang pengalaman macro saya. Saya mula menceburkan diri di dalam macro fotografi pada Jun 2010. Sebelum mencuba salah satu cabang dari fotografi ini saya telah mengkaji dan mengikuti dua orang pakar macro fotografi tempatan yang saya anggap sebagai yang terbaik yang pernah saya kenal iaitu Kurt Orion dan LiewKK. Kedua-duanya telah mencapai kejayaan tempatan dan antarabangsa yang diiktiraf di dalam bidang macro fotografi dan menjadi inspirasi saya sepanjang masa.
Sebelum macro fotografi saya bermula, banyak yang saya pelajari dengan mereka mengenai macro fotografi yang mana mereka ini menyumbangkan idea-idea yang praktikal dan berkesan  serta di kongsi bersama di dalam beberapa forum foto dan juga laman web atau blog mereka sendiri.Saya mengucapkan ribuan terimakasih  dan setinggi-tinggi penghargaan di atas tunjuk ajar mereka kepada Kurt Orion dan Liewwk.

Sifu Kurt Orion











Macro saya yang pertama menggunakan lens 50mm f1.8 dengan filter macro close up +10 berdiameter 52mm. Pada masa itu DIY Diffuser yang saya gunakan dibuat dari fabrik Silver, Putih dan Hitam. Saya cantumkan semua fabrik ini menjadi satu diffuser yang berjahit dan mempunyai rangka fleksibel daripada besi agar supaya mudah dipasang pada Flash atau Speedlite.
Kemudian saya kembangkan dengan penambahan focal range kepada telephoto lens Canon EF 90-300mm f/4.5-5.6 dipadukkan dengan Octopus 58mm +10 Macro Close Up Filter.
Seterusnya, saya menggantikan lens Canon EF 90-300mm f/4.5-5.6 kepada lens Canon EF 70-200mm f/4L dipadankan dengan Raynox DCR250.
Seterusnya lens Canon EF 70-200mm f/4L ini pula saya gantikan dengan lens Tamron 70-300mm f/4.5-5.6 Di di mana ianya digabungkan bersama Raynox DCR250.
Terbaru lens macro saya berevolusi lagi dari Tamron 70-300mm f/4.5-5.6 macro 1:2 kepada Tamron SP 90mm f/2.8 macro 1:1 Di.

2 M Outing iaitu Macro & Model outing adalah aktiviti berterusan saya dan rakan-rakan untuk mengembangkan lagi perkongsian ilmu tentang Macro fotografi. Lihat link Aktiviti Macro untuk mengikuti perkembangan 2 M.
Untuk perkongsian mengenai perkembangan dan gajet macro saya sila lihat di sini.

Popular Pages, click link di bawah untuk membaca Artikel berkaitan macro ;
1). Penjualan gajet macro
2). Perbezaan Hasil macro Ext Tube, Raynox dan Macro Filter
3). Bagaimana menggunakan lens terbalik tanpa reverse ring?
4). Bagaimana cara menggunakan manual Extension Tube?

No comments:

Post a Comment