Aktiviti Macro

Kami mengadakan aktiviti Macro dari masa ke semasa untuk mempertingkatkan lagi skill dan berkongsi ilmu Macro bersama-sama. Aktiviti Outing Macro berkumpulan ini dinamakan dengan 2 M (Macro & Model) iaitu pengisian aktiviti macro pada satu sesi dan satu sesi lagi untuk akviti model shooting. Saya bercita-cita untuk mengembangkan aktiviti ini ke seluruh Malaysia yang kami panggil 1 Malaysian Macro.

1 Malaysian Macro blog telah saya buka dan di facebook juga saya telah membuat satu Group  1 Malaysian Macro  di mana ahli-ahlinya terdiri dari bukan sahaja peminat macro 1 Malaysia malah dari seluruh Dunia iaitu, Indonesia, Brunei, Singapore, Spain, Turkey dan United States. Malah hari demi hari semakin bertambah keahliannya.

2 M yang diilhamkan bermula pada  02 April 2011 di Hutan Rekreasi Gunung Lambak Kluang Johor. Pada hari itu lebih dari 28 orang peserta berjaya dikumpulkan dan membuat aktiviti Macro sambil berkongsi pengalaman tentang macro.

Grup foto 2 M Outing di Gunung Lambak Kluang Johor pada 02.April.2011









Sesi taklimat mengenai macro 2 M Kluang 02.April.2011
Setelah kejayaan sulung 2 M ini, outing 2 M pula menyusul di Batu Pahat Johor iaitu di Gunung Soga pada 02. May .2011. Di sini 23 orang peserta terdiri dari peserta tempatan Batu Pahat, Kluang, Johor Bahru dan Melaka. Seperti biasa sesi Macro bermula pada pukul 09:00 pagi di mana bug sedang sibuk keluar mencari rezeki. Penyertaan amat menggalakkan dan dapat permintaan dari Daerah Mersing pada outing Macro yang akan datang.

Grup foto 2 M Outing 02.May.2011 Gunung Soga Batu Pahat Johor

Sesi taklimat 2 M outing Bukit Soga Batu Pahat Johor pada 02.May.2011

Hands on praktikal macro
2 M Outing iaitu Macro & Model outing adalah aktiviti berterusan saya dan rakan-rakan untuk mengembangkan lagi perkongsian ilmu tentang Macro fotografi.

Untuk mengetahui gajet macro yang saya gunakan dan perkembangannya, sila click di sini.
Anda juga boleh melihat koleksi macro saya di flickr.

Kembali ke Artikel Macro Saya atau ke home.

No comments:

Post a Comment